SHORTCUTS

Web:
www.dinardirham.org
-
Google Groups:
D d G g (General) -
D d O o (Outgoing) -
E-mail:
info@dinardirham.org
(General information)
admin@dinardirham.org
(Administrative)
-
Email Groups:
D U A T (Internal use)
duat@dinardirham.org
D A I (Members use)
dai@dinardirham.org
-


Follow DinardirhamORG on Twitter
-
Google Apps: Sign in
(Account required)
Dinar dirham ORG

(Page content in Bahasa Melayu only.)

MUAMALAH MADINAH
 mempersembahkan
DINIHARI DINAR


Iman • Ilmu • Amal

Dinihari Dinar adalah program syiar dinar emas dan dirham perak iaitu matawang syariah yang berkait dengan urusan ibadat, berguna untuk muamalah, dan, bernilai sebagai simpanan. Acara mingguan Dinihari Dinar mengemukakan ilmu pengenalan mengenai Dinar dirham, dan, menyediakan asas permulaan amal menggunakan Dinar dirham. Aktiviti lanjutan Dinihari Dinar juga terdapat di dalam talian dengan pelbagai kemudahan tambahan. Dinihari Dinar adalah program agenda Muamalah Madinah yang diusahakan dengan dasar ketakwaan kepada Allah SWT serta ketaatan kepada Rasulullah SAW mengikut Al-Quran dan Sunnah.

Aktiviti Rancangan (tertakluk pada perubahan):

PENYAMPAIAN • MOTIVASI • SERUAN TINDAKAN • SOAL JAWAB • JUAL BELI

Jadual* Tahun 2012:-

Di:
Masjid Saidina Umar Al-Khattab, Jalan Setiabudi, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur, Malaysia map
Koordinat GPS/peta:
        • N 03 09.000 E 101 39.300
        • 3.150000, 101.655000‎
        • +3° 9' 0.00", +101° 39' 18.00"


Pada:
Setiap Sabtu; 10 pagi hingga 4 petang

Aturcara: (format dinamik)
  • Sesi Syiar:            2 petang - 4 petang
  • Kelas Khas:         11 pagi - 1 petang
  • Souq Setempat:  Dari 10 pagi
Nota:
Kelas Khas
  1. Ketentuan topik bagi kelas khas terdapat di laman web Dinihari Dinar.
Souq Setempat
  1. Souq setempat (pasar terbuka di perkarangan kawasan acara) adalah peluang pengunjung berjual-beli menggunakan matawang syariah Dinar dirham yang diakui oleh World Islamic Mint (WIM) termasuk Dinar & Dirham Kelantan.
  2. Para pengunjung yang berminat untuk berniaga boleh menyertai souq setempat secara sukarela.
  3. Tempat berniaga terbuka di souq setempat tidak dikenakan bayaran dan terdapat secara 'siapa cepat dia dapat'.
  4. Apa-apa barangan atau perkhidmatan yang halal boleh diniagakan. Walaubagaimanapun, sila hormati tata-tertib lokasi.
    (Contoh: Menjual bahan makanan basah seperti ikan segar yang perlu disiang tidak digalakkan atas sebab kawalan kebersihan.)
  5. Peralatan perniagaan seperti meja, kerusi, hamparan, dll perlu disediakan sendiri oleh peniaga.
  6. Semua aktiviti perniagaan perlu memenuhi kehendak syarak yang akan dipastikan oleh para muhtasib (pengawas pasar).
  7. Perkhidmatan penukaran matawang syariah juga disediakan oleh wakalah yang terlantik.
  8. Peluang berniaga mengikut amal ahli Madinah juga disediakan secara berkala melalui acara Souq Qafilah - lihat www.souqqafilah.com untuk maklumat lanjut.

PENYERTAAN PERCUMA! Pendaftaran bebas sepanjang acara.

(*Sila lihat kalendar untuk pengesahan jadual atau pengecualian; juga ambil perhatian perubahan format dinamik sekiranya ada; dan pastikan maklumat semasa sebelum kehadiran.)


Kehadiran beramai-ramai & penglibatan semua pihak ke acara terbuka ini amat dialu-alukan.

Perhubungan:

Halaman Program:
Web & E-mel:
Facebook:
Suara/SMS:
+60187102778

Penganjur:

  • Koperasi Amal Madinah Kuala Lumpur Berhad

Penaja:

Penyiar Sokongan:

Pengupaya:

Penyelia:


Media:


Pengecualian Semasa*:
Acara Dinihari Dinar pada Sabtu 7hb April 2012 akan diadakan secara bersama dengan acara Souq Qafilah di Masjid Al-Husna Bandar Sunway.
(*lokasi berubah dan aturcara berbeza)
Maklumat lanjut - www.souqqafilah.com