Announcements‎ > ‎

Kenyataan daripada World Islamic Mint berkenaan Isu-Isu Semasa

posted Jun 22, 2012, 10:00 AM by ﺇﺭﻭﻥ ابن ﺇﺯهر
World Islamic Mint

Kenyataan daripada World Islamic Mint berkenaan Isu-Isu Semasa

Jumaat 22 Jun 2012

Ia telah datang kepada perhatian World Islamic Mint (WIM) tulisan pelbagai media mengenai WIM yang memerlukan penjelasan. Berikut adalah maklum balas kepada isu-isu yang dibangkitkan khusus mengenai WIM. Kenyataan ini tidak merupakan satu perbincangan yang menyeluruh mengenai WIM tetapi hanya bertujuan menjawab perkara yang dibangkitkan.

WIM hanya mengakui Dinar dirham yang dihasilkan oleh Mint (Penempa) yang berlesen. Dalam kes Dinar & Dirham Kelantan terbitan Kerajaan Negeri Kelantan, WIM telah melesenkan Kelantan Golden Trade Sdn Bhd (KGT) sebagai Mint rasmi pengeluar syiling tersebut. Antara syarat-syarat Mint berlesen adalah syiling dikeluarkan mengikut piawaian seperti yang disahkan oleh WIM, contohnya ianya ditempa oleh penempa yang diluluskan antara lainnya termasuk Emirates Gold atau Kazakhstan State Mint. WIM tidak menempa syiling tersebut secara langsung tetapi boleh menyelaraskan aktiviti-aktiviti tersebut.

Yuran pelesenan 1% diperolehi WIM daripada pengeluaran oleh Mint berlesen adalah untuk menyokong operasi WIM.

Shaykh Umar Ibrahim Vadillo merupakan antara pengasas WIM sebagai organisasi antarabangsa, yang mempunyai perwakilan di Malaysia.

WIM menetapkan harga runcit yang disyorkan (RRP) antarabangsa sebagai garis panduan untuk pelbagai mata wang tukaran. Di Malaysia, suatu kadar rujukan ditetapkan untuk Ringgit Malaysia berdasarkan RRP dan pertukaran matawang asing. Kedua-dua RRP & kadar rujukan adalah penilaian yang dibuat WIM untuk Dinar dan dirham (DnD), yang diperolehi dengan menggunakan formula yang terdiri daripada nilai pasaran logam asas syiling (emas atau perak) dan premium yang termasuk kos penempaan & kos bukan penempaan. Formula ini mencerminkan pengiraan WIM untuk melaksanakan satu model mata wang syariah yang berdaya maju, dengan sandaran premium untuk menyokong operasi pelaksanaan itu. Kadar WIM terpakai apabila DnD diedarkan kepada orang ramai melalui Wakalah-Wakalah (ejen) lantikan Mint. Mint yang dilesenkan oleh WIM mengakui kadar yang ditetapkan oleh WIM dan menggunakan penilaian yang sama dalam mekanisme belian balik (tolak apa-apa diskaun berkenaan) melalui Wakalah atau Mint itu sendiri. WIM tidak bertanggungjawab untuk penilaian dalam jualan yang berikutnya / penggunaan DnD kerana ini adalah tertakluk kepada persetujuan bersama antara pihak-pihak yang berjual-beli. Walau bagaimanapun, dalam amalan, pengguna DnD WIM mengiktiraf penilaian seperti yang ditetapkan oleh WIM dan oleh itu menilai DnD dengan penilaian setara dalam urus niaga menggunakan DnD.

Di sini, ianya adalah penting untuk menunjukkan bahawa dasar di atas untuk menetapkan RRP & kadar dalam matawang tukaran (yang bersifat fiat, contohnya USD $, RM, dll) bukan untuk mempromosikan kesetaraan wang fiat dan mata wang syariah, tetapi melibatkan realiti peranan Wakalah dalam menukarkan wang fiat yang dipegang oleh orang ramai kepada Dinar dirham.

Dari penjelasan di atas, ia boleh diperhatikan bahawa penilaian yang ditetapkan oleh WIM mengambil kira tanggungjawab Mint untuk memperkenalkan model yang berdaya maju untuk melaksanakan mata wang syariah. Tanggungjawab ini termasuk kewajipan tukaran-balik (belian balik) pada kadar yang ditetapkan (tolak diskaun untuk mengelakkan spekulasi dan tidak menggalakkan tukaran-balik) dan bukan merupakan harga yang sewenang-wenangnya dikuatkuasakan yang menyebabkan kerugian secara sengaja kepada pengguna. Perlaksanaan ini berbeza daripada mata wang fiat yang dikeluarkan oleh US Federal Reserve untuk sekurang-kurangnya dua sebab: (1) Dinar dirham bukanlah mata wang yang sah diperlakukan di bawah perundangan kerana penggunaannya adalah atas pilihan pengguna, dan, (2) Dinar dirham diperbuat daripada logam berharga dengan nilai intrinsik, produk yang mana dalam bentuk duit syiling memegang nilaiannya tersendiri yang unik untuk berkhidmat fungsi sebagai mata wang syariah.

Keputusan untuk menetapkan KGT—sebagai sebuah anak syarikat 100% milik negeri di bawah Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)—sebagai Mint berlesen WIM untuk Kerajaan Negeri Kelantan adalah susunan yang paling sesuai dengan senario semasa dan struktur tadbir urus negeri terkini, yang dipersetujui oleh semua pihak dari peringkat awal. Ia tidak semestinya satu-satunya pilihan yang ada dan apa-apa susunan yang serasi boleh dipertimbangkan sekiranya diberi pilihan yang lebih baik. Peranan penyeliaan dan pengawasan WIM adalah demi kepentingan keseragaman dalam pelaksanaan mata wang syariah di seluruh dunia.

WIM tidak cuba untuk memonopoli mata wang syariah. Walaupun WIM menggalakkan pelaksanaan standard yang seragam di bawah WIM atas sebab-sebab yang jelas yang memberi manfaat kepada pengguna, ia tidak menafikan atau menyangkal pihak-pihak lain yang cuba untuk melaksanakan model mata wang syariah mereka sendiri dengan syarat bahawa undang-undang syariah berkenaan dipatuhi.

WIM tidak akan mengulas mengenai takrif riba oleh pihak-pihak tertentu yang mendakwa WIM mempromosikan riba dalam mata wang syariah, disebabkan kekurangan rujukan dan sumber penghakiman syariah yang boleh dipercayai dalam tulisan-tulisan itu. Walaubagaimanapun, adalah penting dikatakan bahawa apa-apa hujah yang mendasarkan nilai intrinsik DnD kepada nilai wang fiat adalah tidak berasas, kerana nilai intrinsik DnD sebenar adalah pada sifatnya yang diakui (contohnya 4.25g emas 917 bagi 1 Dinar Emas), dan perbandingan penilaian dengan apa-apa objek lain adalah berasaskan kepada persetujuan bersama. Oleh itu, hujah-hujah yang dibentangkan mengenai riba berasaskan perbandingan nilai intrinsik bersandarkan nilaian wang fiat adalah suatu kesilapan.

Untuk maklumat lanjut mengenai siaran kenyataan ini, sila hubungi:

IRWAN IBN IZHAR
Wazir – Malaysia,  World Islamic Mint
+60102662778

Ċ
ﺇﺭﻭﻥ ابن ﺇﺯهر,
Jun 22, 2012, 10:01 AM
Comments